»

Jun 29

Apa itu Program Pengaktifan Otak Tengah?

otak tengah

 

SEBELUM ini kita lebih mengetahui tentang otak kiri dan otak kanan serta peranannya tetapi banyak yang tidak menyedari bahawa kita juga mempunyai satu lagi otak iaitu otak tengah yang berperanan sebagai jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.

Berdasarkan penemuan Roger W. Sperry iaitu pemenang hadiah Nobel pada 1981, sewaktu menjalankan penyelidikan mengenai penyakit epilepsi ditemukan bahawa belahan otak kanan dan kiri mengawal bentuk pemikiran tertentu.

Otak kiri berfungsi dalam logika, pengiraan, pembacaan, pertuturan, analisis  manakala otak kanan berfungsi dalam hal-hal seni, persembahan, intuisi, kreativiti dan personaliti.

 

tips_mempertajam_otak

Otak tengah pula merupakan bahagian otak yang terkecil yang mengawal banyak fungsi penting seperti fungsi penglihatan, pendengaran dan  pergerakan mata. Bahagian dari otak tengah iaitu red nucleus dan sunstansia nigra terlibat dalam pengawalan gerakan tubuh badan.

Otak ini juga mempunyai lebih 300 juta saraf tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur sekiranya ia tidak diaktifkan.

Program Pengaktifan Otak Tengah (PPOT) yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mengaktifkan semula otak tengah yang menghubungkan otak kiri dan otak kanan terutama kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Dengan kaedah tertentu, otak tengah mereka akan diaktifkan dan membolehkan mereka mendapatkan semula maklumat antara kedua-dua otak kiri dan kanan.

Apabila otak tengah diaktifkan, ia akan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dan mendalam dalam pembelajaran dan penyerapan maklumat. Ia juga membawa keluar dan menguatkan ciri-ciri seperti kreativiti, daya ingatan, kemahiran aplikasi, keyakinan diri dan keupayaan untuk menumpukan perhatian.

Kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengah mereka akan memiliki keupayaan maksimum dari kedua-dua otaknya serta meningkatkan kapasiti dan keupayaan belajar. Mereka juga boleh mendapat manfaat daripada logik dari kiri dan gerak hati dari kanan.

Mereka juga berkeupayaan untuk menyerap maklumat dan focus dalam bidang akademik di sampung dapat belajar dengan lebih mudah serta mampu cemerlang dalam bidang sukan dan kesenian. Mereka mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan mata tertutup seperti mewarna, membaca, berjalan dan lain-lain.

Kanak-kanak yang sudah cemerlang dengan hanya menggunakan sebelah otak sahaja sudah pasti akan meningkat kebolehan mereka tanpa batas apabila mereka menggunakan kedua-dua belah otak.
IMG-20140420-WA0012
KENAPA KANAK-KANAK 6-12 TAHUN?

Otak kanak-kanak seusia ini lebih mudah dilatih dan boleh menyesuaikan diri dengan cara-cara baru pembelajaran berbanding orang yang lebih dewasa.

Walaubagaimanapun, kami membenarkan individu berumur 13-80 tahun untuk juga mengikuti program kami ini. Ini kerana semua manusia berhak untuk mendapat kebaikan dari pengaktifan otak tengah mereka walaupun mungkin kesannya amat kecil jika dibandingkan dengan usia kanak-kanak antara 6-12 tahun.

 

IMG-20140420-WA0017

IMG-20140420-WA0007IMG-20140420-WA0010