Latihan Selepas Program

Bagi memastikan otak tengah anak-anak stabil, ibu bapa perlu memainkan peranannya, iaitu:

 

MESTI DIBUAT:

  1. Latih anak-anak setiap hari antara 10 hingga 15 minit selama 30 hari. Latihan dengan berbagai-bagai jenis aktiviti boleh meningkatkan minat anak-anak untuk berlatih.
  2. Ibu bapa mesti turut sama berlatih bersama anak-anak. Ini mampu meningkatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
  3. Ketika berlatih, beri peluang anak-anak dalam keadaan releks dan jangan memberikan tekanan kepada mereka.
  4. Ucap kata-kata positif, misalnya “sangat bagus”.
  5. Jika boleh, masukkan anak-anak ke kelas ulang kaji.
  6. Guna kaedah ini untuk anak-anak mengulang kaji pelajaran sekolah.

JANGAN SESEKALI:

  1. Mengucapkan kata-kata berbentuk negatif kepada anak-anak seperti curi pandang, tipu, salah, bodoh, dan lain-lain.
  2. Membandingkan anak dengan anak yang lain, atau rakan.
  3. Mengharapkan prestasi pelajaran meningkat dengan mendadak kerana kerajinan diri sendiri adalah perkara paling penting.