Soalan Lazim

1. Apakah itu otak tengah?
Otak tengah ialah otak paling kecil dan berada di antara otak kiri serta otak kanan. Ia adalah “jambatan otak” untuk memberikan keseimbangan kepada otak kiri dan kanan.

2. Apakah faedah yang diperoleh apabila otak tengah diaktifkan?
Ia akan memperkuatkan daya ingatan, meningkatkan tumpuan, kreativiti, keyakinan diri dan kestabilan emosi.

3. Apakah bukti bahawa otak tengah telah diaktifkan?
Apabila otak tengah diaktifkan, para peserta boleh melihat atau membaca dengan mata tertutup. Mereka menggunakan gelombang otak (brain wave) untuk melihat.

4. Melihat dengan otak tengah merupakan satu kebolehan luar biasa?

Ya. sudah semestinya ia adalah sesuatu kebolehan luar biasa. Walaubagaimanapun kebolehan luar biasa ini mampu dicapai oleh semua orang dengan Izin Allah.

5. Kenapa mata harus ditutup?
Ia bagi membantu para peserta meningkatkan perhatian dan lebih terfokus. Mata tidak perlu lagi ditutup apabila mereka sudah stabil.

6. Apakah yang perlu ibu bapa lakukan?
Memberikan kata-kata yang positif, berlatih dengan anak-anak antara 10 hingga 15 minit setiap hari sehingga mereka stabil.

7. Apakah teori yang digunakan dalam kursus ini?
Kami mengadunkan dan menggabungkan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Neurology dengan mengenali saraf-saraf yang terlibat, ilmu ketenangan jiwa, Ilmu  Tasawwuf dan pemantapan Akidah Islamiyah.

8. Adakah pengaktifan otak tengah memberikan faedah sepanjang hayat?
Ya, sudah tentu. Otak tengah yang telah diaktifkan boleh dianggap sebagai mata ketiga kepada kita. Kita tidak boleh menjanjikan bahawa mata kita sentiasa sihat kerana kemungkinan mata kita akan menjadi cacat disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Ketika itu, mata ketiga ini boleh berperanan sebagai mata.

9. Apakah kesan sampingan apabila otak tengah diaktifkan?
Kursus ini hanya membangunkan otak tengah yang masih tidur. Saintis telah mengesahkan bahawa manusia sudah memiliki kebolehan ini sejak beribu tahun lalu tetapi ia hilang dalam evolusi manusia. Kursus ini hanya memulihkan kebolehan asal manusia.

10. Bolehkah ibu bapa mengikuti sama kursus ini bersama anak-anak?
Hanya ibu bapa yang mendaftar sebagai peserta dewasa sahaja yang dibenarkan turut serta. Ibu bapa yang tidak mendaftar sebagai peserta boleh pulang terlebih dahulu bagi mengelak para peserta terganggu dan hilang tumpuan.